song

Friday 12 October 2012

KERANA CINTA SANGGUP KORBAN JANTUNG BUAT GF :')


Salam. 

Agak sedih title entry aku hari ini. Agak-agak u all minat dengar tak pasal cerita-cerita macam ni?

Sejak kebelakangan ni, ada beberapa orang yang mengadu ngan aku pasal masalah cinta.
Aku tak menolak untuk melayan setiap cerita. Bukan sebab aku penyibuk. Tapi sifat ingin tahu.
permasalahan yang dihadapi menjadikan ia sebagai pengajaran dan rujukan tuk aku.

mula dah ayat skema persis macam drama AdamHawa

hari ini pulak, keluh kesah seorang blogger(identiti dirahsiakan) yang mana berkongsi masalah dia dengan aku. Sepantas kilat aku menjadi pendengar yang baik seperti sebelum ini.

kali ini, cerita tentang lelaki dan perempuan yang saling loving each other sejak sekolah lagi.
Perempuan ni sanggup masuk Form6 gara-gara nak cari lelaki tadi. Tapi sayang... lelaki tu pulak menolak untuk masuk Form6 even dah dapat tawaran.  Then c perempuan menyambung pengajiannya ke Univeristi.

Tapi selepas itu terpisah 10 tahun.
Dalam 10 tahun masing-masing saling mencari satu sama lain

setelah berpisah akhirnya bertemu kembali..

kedua-duanya masih sayang antara satu sama lain.
Guest what apa yang buat lelaki ni sedih?
rupa-rupanya perempuan ni sudah jadi tunangan orang.

Bayangkan la if u all syg kat someone n dapat tahu dah jadi tunangan orang, mahu gilaa rasanya.

and paling menyayat hati.. Perempuan ni ada sakit jantung. Xde ubat mampu merawat.
Sekarang masih bergantung kat ubat2 tu je. 

Yang paling buat aku sebak, lelaki ni sanggup nak derma jantung dia tuk perempuan ni.
Ya Allah.. Besarnya pengorbanan cinta dia tuk perempuan ni.

Aku nak nasihat apa if jadi macam ni? Blur n terkejut jugak.
tapi aku try jugak nasihat . keluarkan ayat2 yang boleh tenangkan hati dia.

Huwaaaaaaaahh sedih kan?

Harap-harap dia jumpa jalan penyelesaian yang terbaik.
InsyaAllah. Jom kita doa supaya dia diberikan petunjuk and jalan yang paling baik =)

oklah. See u next entry. InsyaAllah..hihi
Salam :)



COPY 100 % dari EMAS PUTIH

1 comment: