song

Sunday, 21 October 2012

HATI MEMANG SENSEV !!

Asalamualaikum :D
bca Post Entry . Hmm , kita sebagai manusia memangg ada perasaan kan . Perasaan marah , benci , sayang ,cinta , meluatt , ee , 1001 perasaan laa yang ada . Ok , aku mau cerita pasal FAKE RELAY dengan Ex kita :D aku tau sekrangg byk yang fake relay ? apa tujuann fake relay ? Aku pernahh hadapi ni . Di mna aku clash dengan orang yang aku syang after that kita mulaa lpakan orang tu dengan Mencari seseorangg yang baru dalam hidup ni just mau lupakan dia . Sedangkan aku yang bekurun lamaa ni clash ngn dia FAKE RELAY bayangkan masih sakit hatii , kenapa ? sebab dalam hati ni ada sikit perasaan sayangg . Lagii lagii yangg fake relayy dengan Kawan rapat / kawan biasa apa jenis kawan laa . Kita rasa macam kawan tu khianat kita kan . Sakit hati sangat2 , aku just fake relay dengan orang yang aku sayangg or family2 aku . Bayangkan , kita fake relay dengan seseorangg tu walhal kita tau dia adaaa sikit perasaan dengan Ex dia tu , yangg bodohnya lagii kenapaa mesti terima fake relay tu ? walaupun just main mian ? tidak faham kaa perasaan kawan tu ? Sakitnyaa hati . Kita just say CONGRATS/TAHNIAH dalam diam heh -,- Allah jea yang tau derr ~ walaupun , kawan dia tu tida ucap dengan kata kata tapi mata , gerak geri , boleh tau yang dia still sygkan ex dia tu . Apa jenis kawan tu ? Cakapp jea labihh tapi tak serupaa bikin ! FAKE RELAY selalu terjadi di facebook . Huhu , Kalau perempuann memangg aku hafal laa , wlaupun kawan dia tu fake relay dgn mantan dia tuu Hmm confem jadi stalkers Berjayaa . Kalau aku laa kan dah clash dgn someone tuu , aku mmg jadi stalkers diaa and sampai sekarangg aku tida pecayaa adanya kawan rapat :D apa guna kawan rapat kalau fake relay dengan Ex kawan rapat dia ? Err ==' . Mula mula fake yeahh tida lama lagii (Y) menjadi jadi laa tu . Mcm harini dia fake relayy esoknya masuk sch kita tengok laa macam mna kawan dia layan perangai Kawan dia yang fake relay , mesti tertanya2 : eh , knpa kau mcm ni ? : dimna simpan tu otakk pakai di lutut ? Err ==' aku pun tida tau siapa yang harus dipersalah kan . Diri Sendiri or Kawan tu . Kamu tau kea sebab apa kita jeles tgk orang yg kita syg tu FAKE RELAY dgn kawan sendiri ? Sebab dalam hatii kita ni ada sikitt simpan rasa sayangg dalam hati . Kalau perempuan alami mcm ni mmg aku tau laa aku pernahh rasa and akuu pun perempuann :D Err ==' yang pentingg aku sakit hatii , Kawan rapat kaa kawan biasa kaa , asal kawan laaa . sekrangg ni aku memang tengahh jeles kalauu tidaa aku tida jugaa type pasal ini macam tapii aku bukann cerita fake relay laa . Ada sorangg budak ni ==' I pun dont know err ==' rapat dengann Ex aku Perghh if aku kenal , aku tidaa kann jeles punya . Tapii nii ? segala post kat Fb Wall to wall , baru wall to wall dont know lgii kalauu chat ? err ==' tesayangsayangg kalii aa . Bencinya akuu ! kenapaaaaa mesti ada rasaa jeless ni >< mau gakk aku Screenshoot mukaa dia katt sini . Err ==' nampaknya blog ni public tak guud tuk kesihatann :D mudah mudahann nothingg at all :P haha xD lupakann . Ingatt masi rmaii lgi yangg kena dalam hati ni bukan dia sorangg sja : D takan just wall to wall pun jeles kan . hoho :') stoplaa smpaii sini :D Baii

LELAKI LEBIH EMPAT ISTERI PERSENDA AGAMA




KUALA LUMPUR: Lelaki yang berkahwin serentak dengan lebih daripada empat isteri boleh dikategori sebagai mempersendakan agama kerana Islam mengharamkan perbuatan itu.
Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anuar Rahmat berkata, berkahwin lebih daripada empat isteri hanya berlaku pada zaman jahiliah dan selepas kedatangan Islam, seorang lelaki hanya dibolehkan mempunyai empat isteri dalam satu-satu masa.
Menurutnya, kes seorang lelaki yang kini dipercayai mempunyai tujuh isteri adalah kali pertama didengar dan ia boleh berlaku jika perkahwinan secara poligami ini tidak didaftarkan kepada pejabat agama.

“Memang perkara ini boleh berlaku dan jika ia berlaku, bermakna lelaki berkenaan sengaja mempersendakan agama dan tindakan boleh diambil terhadapnya.
“Enakmen Jenayah Syariah mempunyai peruntukan terhadap mereka yang mempersendakan agama, jadi individu terbabit boleh dibawa ke muka pengadilan,” katanya.
Khairul Anuar berkata, poligami sememangnya sesuatu yang halal dan diharuskan Islam dan melalui sistem perkahwinan ini seseorang lelaki boleh mempunyai lebih daripada seorang pasangan hidup.
“Dalam Islam, poligami hanya dibenarkan ke atas si suami untuk beristeri lebih daripada satu dengan had empat orang seperti firman Allah (surah an-Nisa: 3) yang bermaksud: “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat.
“Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman,” katanya.

Friday, 12 October 2012

Rogol Kanak kanak berumur 6 , 10 tahun


LEDANG – Tidak sedar diri, tepat buat seorang warga emas berusia 66 tahun apabila tergamak menjadikan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun sebagai pemuas nafsu serakahnya, sejak kira-kira enam bulan lalu.
Bagaimanapun, rahsia itu terbongkar selepas adik mangsa melihat mangsa ditindih suspek dengan kedua-duanya berbogel, sebelum memaklumkan kejadian itu kepada keluarganya.
Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, kejadian itu berlaku pada 9 Oktober lalu, di belakang kedai makan dan minuman di Jalan Panggung Lama, Tangkak.
Menurutnya, suspek adalah pelanggan tetap kedai milik bapa mangsa dan kenalan bapanya sejak sekian lama.
“Suspek ditangkap jam enam petang, hari sama dan direman sehingga Ahad ini.
“Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang di sini, semalam.
Dalam kes berlainan pada hari sama, seorang kanak-kanak berusia enam tahun dirogol sepupunya berumur 24 tahun dalam kebun getah belakang rumah mangsa di Kampung Anjung Batu, Tangkak.
Harun berkata, dalam kejadian jam 4.15 petang itu, kanak-kanak berkenaan sedang tidur atas sofa di beranda rumah, dan suspek yang kebetulan lalu di situ terangsang apabila melihat pakaian mangsa tersingkap.
“Semasa kejadian, ibu bapa mangsa tiada di rumah dan suspek mendukungnya ke kebun getah lalu merogolnya,” katanya.
Jelasnya, ekoran itu pihaknya menahan suspek di sebuah rumah tidak bernombor di kampung yang sama kira-kira jam 4.50 petang dan ditahan direman sehingga Ahad ini.
Beliau berkata, siasatan juga mendapati lelaki tersebut mempunyai satu rekod jenayah lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.




KERANA CINTA SANGGUP KORBAN JANTUNG BUAT GF :')


Salam. 

Agak sedih title entry aku hari ini. Agak-agak u all minat dengar tak pasal cerita-cerita macam ni?

Sejak kebelakangan ni, ada beberapa orang yang mengadu ngan aku pasal masalah cinta.
Aku tak menolak untuk melayan setiap cerita. Bukan sebab aku penyibuk. Tapi sifat ingin tahu.
permasalahan yang dihadapi menjadikan ia sebagai pengajaran dan rujukan tuk aku.

mula dah ayat skema persis macam drama AdamHawa

hari ini pulak, keluh kesah seorang blogger(identiti dirahsiakan) yang mana berkongsi masalah dia dengan aku. Sepantas kilat aku menjadi pendengar yang baik seperti sebelum ini.

kali ini, cerita tentang lelaki dan perempuan yang saling loving each other sejak sekolah lagi.
Perempuan ni sanggup masuk Form6 gara-gara nak cari lelaki tadi. Tapi sayang... lelaki tu pulak menolak untuk masuk Form6 even dah dapat tawaran.  Then c perempuan menyambung pengajiannya ke Univeristi.

Tapi selepas itu terpisah 10 tahun.
Dalam 10 tahun masing-masing saling mencari satu sama lain

setelah berpisah akhirnya bertemu kembali..

kedua-duanya masih sayang antara satu sama lain.
Guest what apa yang buat lelaki ni sedih?
rupa-rupanya perempuan ni sudah jadi tunangan orang.

Bayangkan la if u all syg kat someone n dapat tahu dah jadi tunangan orang, mahu gilaa rasanya.

and paling menyayat hati.. Perempuan ni ada sakit jantung. Xde ubat mampu merawat.
Sekarang masih bergantung kat ubat2 tu je. 

Yang paling buat aku sebak, lelaki ni sanggup nak derma jantung dia tuk perempuan ni.
Ya Allah.. Besarnya pengorbanan cinta dia tuk perempuan ni.

Aku nak nasihat apa if jadi macam ni? Blur n terkejut jugak.
tapi aku try jugak nasihat . keluarkan ayat2 yang boleh tenangkan hati dia.

Huwaaaaaaaahh sedih kan?

Harap-harap dia jumpa jalan penyelesaian yang terbaik.
InsyaAllah. Jom kita doa supaya dia diberikan petunjuk and jalan yang paling baik =)

oklah. See u next entry. InsyaAllah..hihi
Salam :)



COPY 100 % dari EMAS PUTIH

Thursday, 11 October 2012

Pelik ==' budak kecil ni ketagih makan ubat nyamuk




Macam pelik, tetapi itulah hakikatnya yang terjadi kepada seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun bernama Abdillah Syarif. Kanak-kanak ini gemar memakan ubat nyamuk. Selera pelik ini sudah tentulah berbeza daripada selera kanak-kanak lain yang gemar akan makanan manis seperti kek dan coklat. Dalam sehari, Abdillah yang berasal dari Polewali Mandar, Sulawesi Barat, mampu menghabiskan sebungkus ubat nyamuk.
Ibu bapa Abdillah atau Adit sudah berusaha untuk menghentikan tabiat buruk anaknya itu tetapi bukan saja tidak berhasil, malah, ketagihannya kepada ubat nyamuk semakin bertambah. Tabiat aneh Adit menyebabkan anak keempat pasangan Syarifuddin dan Nurlina itu menjadi terkenal di desanya di Sabang Subik, Kecamatan Balanipa.
Adit mula gemar memakan ubat nyamuk ketika berusia lapan bulan. Pada mulanya, Adit yang belum pandai berjalan ketika itu, mendekati ubat nyamuk dan tiba-tiba memakannya. Hingga kini, dia jadi ketagih dan tiada sehari pun dilalui tanpa memakan ubat nyamuk. Dia juga melakukan tabiat itu secara diam-diam kerana takut dimarahi ibu bapanya.
“Enak dan manis,” katanya ketika ditanya sebab dia gemar memakan ubat nyamuk.
Usaha orang tuanya untuk menghentikan tabiat pelik anak mereka tidak berhasil. Walaupun sudah menyorokkannya di tempat lain, Adit akan mendapatkan ubat nyamuk dari rumah jiran mereka.
“Biasanya kalau tidak menemukan ubat nyamuk di rumah, dia akan mencurinya di rumah jiran,” kata Syarifuddin. Nurlina pula mengatakan tabiat Adit itu mungkin bawaan daripadanya.
“Dulu ketika hamilkan Adit, saya memang gemar mencium asap ubat nyamuk dan mungkin ia menurun kepada anak saya,” katanya.
Menurut doktor pakar pediatrik di Dinas Kesehatan Polewali Mandar, Sih Harjo Boko, Adit menghidap penyakit pica, iaitu kelainan keadaan pola makanan pada kanak-kanak.
Penyakit itu disebabkan kekurangan zat besi dalam diri kanak-kanak dan boleh pulih, bergantung pada keprihatinan ibu bapa menjaga anak mereka.

Via : Harian Metro Online


Wednesday, 10 October 2012

Cara-cara hacked facebook

Siapa lah tak ade facebook zaman sekarang ni ?










Kalau nak tahu facebook ni sangat merbahaya ok ? 
\
dah ramai da kawan kawan aku yang akaun die kene hack


ade yang lupa nak logout, 

pastu kawan kawan yang tak bertanggungjawab pergi hack FB die

pastu update status bukan bukan.

*xpatut xpatut.


Lepas kene hack,
1001 perasaan datang
marah lah, sakit hati, rase mcm nak sepak2 je sape yang hack FB die tu .

*padahal salah sendiri, lupa nak logout lagi, sape suruh .





bukan susah pun nak logout ..


..
Bayang lah 
.
.
Kalau 4juta kawan facebook korang bace status korang yang bukan2 tu .

Padahal bukan korang pun buat status tu kan?

MALU beb !

Sabar ok 

?
ni hah aku ade penyelesaian .
cara nak balas dendam 

nak hack facebook org lain tanpa di ketahui.
comform

tak de sape2 tahu yang korang hack fesbuk die

lagi2 facebook orang yang mendajalkan kite tu.
Nah..
mula2 sekali..
Cari link target korang itu ..


Dah copy?
P/s : Kepada yang tak tahu nak copy cmne;
tekan Ctrl + A , 
pastu Ctrl + C
atau rightclick + copy.
*sengal la sape tak tahu tu :P


dah?
Ok . sekarang bukak new tab.

then,
sekarang paste kan ( Ctrl + V )
link tadi kat new tab korang.
pastu tekan Enter.


sekarang,
target korang dah ade kat new window
so mcm selamat sikit la nak buat dajal2 ni .


Dah? Next, 
right click kat mana mana ruang dekat mangsa korang tu.
dah right click,
nanti kuar la bende alah mcm kat bwh ni .


Dah kua mcm atas?
next,
g dekat print.
pastu print la seberapa banyak salinan yang korang nak .
di cadangkan untuk print colour la .


da siap print,
dah boleh la 
hack FB target korang tu.

lihat contoh gambar di bawah :


hah. kan itu dah kene hack.
comform tak akan ade siapa siapa tahu kerja korang ni
dijamin selamat.
ngeh :P

kata kata pujangga :
sekali lagi buang masa korang je bace entri aku yang tak berguna ni. HAHA.



HAPPY ? HAHA xD Padan muka ! copy and paste 100% dari YASMIN ARIS

Monday, 8 October 2012

SEGMEN : YANA AJAK BLOGWALKING


ASALAMUALAIKUM KAWAN :)


 : hehe , cute kan banner tu :) Mestilah .. tengok orang laa babe :P Nak join TEKAN HERE . Yuyuii Tag 

1 : Ernie Fazirah        2 . Mohd Qayyum      3 . Emas Putih 
Oyeah done . Minta tunjuk ajar tau . Saya Budak baru belajar Blog :)